Headlines

Monk Fruit – Buah ‘Rare’ Yang Popular Dalam Produk Kesihatan

Pernah dengar tak pasal satu buah ‘rare’ yang dipanggil Monk Fruit?

Monk Fruit juga dikenali sebagai Luo Hang Guo. Bunyi macam nama Cina kan?

Betul. Sebab buah ni hanya terdapat di kawasan Selatan China, dan ada juga di kawasan Utara Thailand.

Kenapa kita dekat Malaysia ni jarang dengar pasal buah ni?

Satunya sebab buah ini tidak ditanam di Malaysia. Selain itu, buah ini lebih banyak digunakan dalam bidang perubatan kerana khasiatnya yang tinggi.

Nama saintifik Monk Fruit adalah Siraitia grosvenorii, diambil sempena Gilbert Hovey Grosvenor iaitu Presiden National Geographic Society yang telah membantu menyumbang dana dalam ekspedisi pencarian tumbuhan hidup di China pada tahun 1930an.

Monk Fruit menjadi salah satu bahan penting dalam menghasilkan produk pemanis sebagai pengganti gula kerana mengandungi mogrosides.

Mogrosides merupakan anti-oksidan semula jadi yang membuatkan buah itu menjadi manis, 200 hingga 300 kali ganda lebih manis daripada gula!

Disebabkan itu, ekstrak mogrosides menjadi bahan penting dalam produk pemanis kerana tidak mengandungi gula sebenar – pemanis sifar kalori.

Rupanya Monk Fruit telah digunakan berabad lamanya di China dalam perubatan tradisional yang berupaya merawat pelbagai penyakit termasuk batuk, sakit tekak dan masalah pencernaan.

Buah ini tidak ditanam secara meluas seperti buah-buahan yang lain, menjadikannya lebih mahal.

Proses menuai dan pengekstrakannya yang rumit mendorong kepada kos lebih tinggi berbanding bahan pemanis yang lain seperti stevia atau gula alkohol.

Antara produk pemanis yang menggunakan Monk Fruit adalah seperti Zero Gula yang hanya memerlukan beberapa titis sahaja dalam minuman sebagai pemanis bagi menggantikan gula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *