Satu hari anda terbangun dari tidur, termenung sekejap dan berfikir sampai bila nak gemuk je ni. Rasa confident diri pun dah makin kurang.
Bukak google dekat phone, cari cara-cara untuk turunkan berat badan. Tapi kebanyakannya suruh anda diet dan bersenam.
Mula-mula tengah semangat okay lagi buat, tak sampai seminggu rasa dah tak boleh. Motivasi hilang.
Anda pun terfikir ada cara lain yang lagi senang tak?
Eh, mestilah ada! Ini beberapa tips untuk turunkan berat badan tanpa perlu menyeksakan diri anda.
Jangan Skip Sarapan
Sarapan pagi penting untuk bekalkan tenaga kepada tubuh anda selepas terbangun dari tidur di waktu malam.
Lapar ke tak lapar, pagi-pagi kena juga sarapan. Tak sarapan pagi boleh buatkan anda jadi gemuk.
Kenapa pula macam tu?
Sebab bila tak sarapan, anda akan terdorong untuk makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.
Menurut kajian Jurnal Penyelidikan Obesiti, hampir 80% reponden berjaya turunkan berat badan dengan pengambilan sarapan yang berterusan.
Makan Banyak Buah & Sayur
Nak makan banyak boleh, tapi tukar dengan makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding carbo.
Buah dan sayur yang ada banyak khasiat termasuk vitamin, mineral dan serat bukan sahaja boleh cantikkan kulit, tapi juga boleh bantu turunkan berat badan.
Selain rendah kalori, sayur dengan serat yang tinggi dan buah dengan kandungan air yang tinggi buatkan anda rasa kenyang lebih lama.
Jadi kekerapan anda makan akan berkurang.
Makan Pada Waktu Yang Betul
Selain dari mengelakkan sakit seperti gastrik, anda kena tahu waktu makan yang betul supaya badan kekal maintain dan berat badan tak naik mendadak.
Sarapan di waktu pagi, kemudian makan tengah hari. Elakkan makan pada waktu petang dan ke atas ketika badan sudah berada di fasa berehat tak perlukan banyak tenaga.
Ini tak, waktu malam la nak pergi food hunting. Pergi beratur beli maggi malam la, nachos loaded la. Benda-benda viral semua nak try.
Makan tak kira waktu lagi-lagi di waktu malam boleh buatkan berat badan naik dan anda susah nak kurus.
Tidur cukup
Jangan tak percaya, kalau tak cukup tidur sebenarnya boleh buatkan anda susah nak turun berat badan. Lagi naik ada la.
Tidur yang cukup penting untuk badan anda dapatkan rehat secukupnya dan mengurangkan rasa letih dan lapar yang kerap.
Kajian menunjukkan mereka yang tak cukup tidur akan mengambil kalori yang lebih berbanding mereka yang cukup tidur.
Jadi malam-malam tu jangan duk scroll TikTok atau IG lama sangat, nanti terlajak pula waktu tidur tu.
Minum Manis Tapi Buang Gula
Perkara utama perlu buat kalau anda nekad untuk turunkan berat badan adalah dengan berhenti ambil gula atau ‘cut sugar’, barulah disusuli dengan perkara lain seperti kalori defisit dan senaman.
Kalau rasa tak boleh sebab hari-hari nak jugak minum manis, boleh cuba gantikan dengan stevia atau produk pemanis tanpa gula yang ada dalam pasaran seperti Zero Gula atau lain-lain.
Boleh cuba kurangkan dahulu manis perlahan-lahan, takut nanti kalau tiba-tiba cut sugar secara mengejut, anda jadi malas dan terus give up.
Minum Teh Hijau
Kalau yang suka lepak mamak minum teh O tu, baik tukar minum teh hijau pula.
Teh hijau boleh bantu tingkatkan metabolisme untuk badan anda membakar lebih kalori.
Jadi kepada anda yang tak ada masa nak bersenam untuk bakar lemak, boleh la mula minum teh hijau untuk elakkan berat badan naik dengan cepat.